Selasa, 22 Jun 2010

Mengkudu Hutan

NAMA LAIN
Mengkudu Kecil

NAMA SAINTIFIK
Morinda Eliptika

ASAL
Hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN

KEGUNAAN
  •  Mencairkan darah
  •  Digunakan oleh ibu selepas bersalin untuk melancarkan perjalanan darah kotor keluar dari tubuh badan
  •  Awet muda
  •  Menguatkan tenaga zahiR dan batin
  •  Ubat untuk sakit jantung
  •  Menghaluskan kulit
  •  Melancarkan perjalanan darah
  •  Kembung perut
  •  Merawat sakit kepala 
  •  Buasir
  •  Sakit jantung
  •  Darah tinggi 
  •  Pelawas 
  •  Memberikan tidur yang berkualiti
  •  Menjadikan rambut lebih hitam, bersinar dan berkilat.
  •  Mengatasi masalah kegatalan 
  •  Kencing manis
CARA-CARA PENGGUNAAN
  • akarnya sering diramu kedalam jamu
  • Buah yang dimasak dimakan atau menghancurkan jadi jus, campur dengan limau kasturi dan garam lalu minum. (Sakit Jantung)
  • Buah yang masak ditumbuk dan diperah airnya untuk diasapukan pada kulit.
  • Air dimasak bersama santan kelapa hingga menjadi minyak. Sapukan pada muka.
  • Daun dan pucuk dijadikan ulam.(melancarkan perjalanan darah, awet muda dan mencantikkan rambut)
  • Daun muda dilayukan atas api dan tampal pada perut.(kembung perut)
  • Buahnya direbus terlebih dahulu sebelum digunakan untuk mencuci rambut.
  • Daun tua mengkudu juga boleh mengatasi masalah kegatalan dengan menyentalkannya pada tempat-tempat berkenaan setelah ia diramas-ramas terlebih dahulu.
  • Ambil segelas air panas dan celurkan sehelai daun mengkudu hutan ke dalamnya selama dua atau tiga minit sampai daun menjadi layu sebelum meminum airnya (kencing manis)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan