Leban, Halban Kuning / Putih / Rontok, dikenali juga sebagai Ibu kepada Ramuan Herba Tradisional.
NAMA SAINTIFIK
Vitex pubescens
ASAL
India, Sri Lanka (rare), Bangladesh, Burma (Myanmar), Indo-China,
Thailand, Peninsular Malaysia, Sumatra, Java, Borneo, Sulawesi, the
Lesser Sunda Islands and the Philippines (Palawan); introduced in
tropical Africa and South America.
KEGUNAAN DAN CARANYA
- Daun halban digunakan untuk mengubati luka,kudis dan demam. Bagi mengubati luka, daun diramas di tapak tangan dan disapu pada luka. Untuk mengubati demam, daun ditumbukdan dituam pada kepala dan badan. Daunya yang berwarna merah kehitaman seperti daun lemuning direbus dan dimakan sebagai ulam untuk membuang angin dalam tubuh badan. Air rebusan kulit halban jugasesuai digunakan untuk mengeringkan luka, sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.
- Akar Halban pula dapat dijadikan ramuan selepas bersalin, sakit badan, awet muda, antioksidan, mencairkan darah, melegakan batuk, antioksidan, melancar perjalanan darah dan menguatkan tenaga zahir dan batin.
- Daun dan kulit pokok halban berperanan sebagai ubat untuk memulihkan kesihatan ibu bersalin
Tiada ulasan:
Catat Ulasan