Isnin, 28 Jun 2010

Tongkat Ali


NAMA LAIN

Pasak bumi,penawar pahit, penawar bias, bedara merah, bedara putih, lempedu pahit, payong ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi (all the above Malay); bidara laut (Indonesian); babi kurus (Javanese); cay ba binh (Vietnamese) and tho nan (Laotian)

NAMA SAINTIFIK
Eurycoma longifolia

ASAL
Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam, dan Laos

KEGUNAAN
  •  Demam panas- pemulaan demam
  •  Demam kuning- keracunan di hati
  •  Sakit tulang dan sendi.
  •  Gatal-gatal badan
  •  Batuk kering (TB)
  •  Kencing manis.
  •  Lemah tenaga batin
  •  Merawat pening kepala 
  •  Kurap
  •  Disentri (ganguan usus)
  •  Bengkak 
  •  Antitumor
  •  Antiradang 
  •  Antioksida.
  •  Meningkatkan saiz otot 
  •  Meningkatkan dan menguatkan testosterone

CARA-CARA PENGGUNAAN

❝ MINUM KOPI RADIX ATAU KAPSUL RADIX KELUARAN HPA ❞
  1. Ambil akar tongkat ali.
  2. Kemudian, bersihkan akarnya dahulu dan keringkan.
  3. Setelah kering, racik akar Tongkat Ali halus-halus.
  4. Seterusnya, ambil sedikit saja akar yang telah diracik halus tadi.
  5. Masukkannya ke dalam gelas yang berisi air panas dan biarkannya terendam.
  6. Setelah air rendaman itu suam, tapiskannya ke dalam gelas lain.
  7. Proses penapisan ini bertujuan untuk mengasingkan serbuk akar Tongkat Ali yang ada di dalamnya kerana serbuk tersebut tidak sesuai untuk diminum. Ini adalah kerana serbuk tersebut sifatnya tidak mudah hadam walaupun ia nampak halus. Ia juga dikhuatiri boleh mencalarkan saluran darah dan ada kalanya akan mendap di dalam buah pinggang.
  8. Setelah menapis air tersebut, barulah boleh meminumnya secara perlahan-lahan.

Sabtu, 26 Jun 2010

Mata Pelanduk

NAMA LAIN
Mata Ayam

NAMA SAINTIFIK
Morinda Eliptika

ASAL
Hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN

KEGUNAAN & CARANYA
  • Kulit batang pokok pelanduk boleh digunakan untuk mengubat kudis. Kulit kayu pada batang ditumbuk lumat dan campur dengan minyak kelapa dan belerang (sulfur) dalam nisbah yang sama.Campuran ini disapukan pada kudis.
  • Pucuk pokok mata pelanduk boleh digunakan untuk merawat demam panas. Segenggam pucuk diramas dalam air sehingga keluar lendir atau tumbuk akar hingga lumat dan campur air serta tapis. Air ini digunakan untuk membasuh kepala setiap hari
  • Akarnya dianggap mujarab untuk campuran ubat sakit meroyan. 
  • Air rebusan akarnya diyakini baik untuk membantu membersihkan darah, mengubati batuk, merawat sakit telinga, demam, patah, terseliuh, sakit tekak atau dada. Tetapi awas, jika minum terlalu banyak menyebabkan seseorang muntah. 
  • Daunnya elok untuk mengubat penyalit sengal-sengal tulang. Lumatkan daun beserta akarnya lalu pupukkan pada tempat yang sakit. 
  • Buahnya yang berwarna merah dan manis, boleh dimakan sebagai ulam.
  • Akstrak tumbuhan berubat ini juga digunakan di dalam untuk merawat kelemumur dan gatal kulit kepala iaitu dengan cara mencampurkan dengan minyak kelapa dan pati bunga-bungaan.
  • Khasiatnya yang teristimewa dalam akar tumbuhan berubat ini dikatakan mampu meneutralkan asik urik bagi pesakit ghout dan bengkak sendi.
  • Bersifat DIURETIK (Memperbanyakkan Buang Air Kencing) untuk membersihkan penapis buah pinggang
  • Membersihkan salur kencing

Khamis, 24 Jun 2010

Tebu Gajah

NAMA LAIN
Akar Manis

NAMA SAINTIFIK
Albizia myriophylla

ASAL
Terdapat di Siam dan tersebar ke Semenanjung Malaysia. Hidup di kawasan tanah rendah dan kawasan terbuka seperti di Perlis, Terengganu dan Pahang.

KEGUNAAN
  •  Merawat kencing manis 
  •  Merawat darah tinggi
  •  Sebagai penawar racun (antidot)
  •  Penawar untuk demam
  •  Mengubati sakit telinga
  •  Membuang angin dalam badan
  •  Ubat tenaga batin
  •  Merawat Keputihan
  •  Memberi tenaga 
  •  Baik untuk kesihatan wanita
  •  Mengelakkan sakit-sakit badan
  •  Pelawas.
  •  Meneutralkan kafein
  •  Meningkatkan stamina

Selasa, 22 Jun 2010

Mengkudu Hutan

NAMA LAIN
Mengkudu Kecil

NAMA SAINTIFIK
Morinda Eliptika

ASAL
Hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN

KEGUNAAN
  •  Mencairkan darah
  •  Digunakan oleh ibu selepas bersalin untuk melancarkan perjalanan darah kotor keluar dari tubuh badan
  •  Awet muda
  •  Menguatkan tenaga zahiR dan batin
  •  Ubat untuk sakit jantung
  •  Menghaluskan kulit
  •  Melancarkan perjalanan darah
  •  Kembung perut
  •  Merawat sakit kepala 
  •  Buasir
  •  Sakit jantung
  •  Darah tinggi 
  •  Pelawas 
  •  Memberikan tidur yang berkualiti
  •  Menjadikan rambut lebih hitam, bersinar dan berkilat.
  •  Mengatasi masalah kegatalan 
  •  Kencing manis
CARA-CARA PENGGUNAAN
  • akarnya sering diramu kedalam jamu
  • Buah yang dimasak dimakan atau menghancurkan jadi jus, campur dengan limau kasturi dan garam lalu minum. (Sakit Jantung)
  • Buah yang masak ditumbuk dan diperah airnya untuk diasapukan pada kulit.
  • Air dimasak bersama santan kelapa hingga menjadi minyak. Sapukan pada muka.
  • Daun dan pucuk dijadikan ulam.(melancarkan perjalanan darah, awet muda dan mencantikkan rambut)
  • Daun muda dilayukan atas api dan tampal pada perut.(kembung perut)
  • Buahnya direbus terlebih dahulu sebelum digunakan untuk mencuci rambut.
  • Daun tua mengkudu juga boleh mengatasi masalah kegatalan dengan menyentalkannya pada tempat-tempat berkenaan setelah ia diramas-ramas terlebih dahulu.
  • Ambil segelas air panas dan celurkan sehelai daun mengkudu hutan ke dalamnya selama dua atau tiga minit sampai daun menjadi layu sebelum meminum airnya (kencing manis)

Ahad, 20 Jun 2010

Larak Hutan


NAMA LAIN
Malaysia Akar larak hutan, Melilin (Peninsular), Selaut (Iban, Sabah). Indonesia Tepis(Sumatra), Banet, Usai (Bangka).

Thailand Sang Yuu Khaao (Nakhon Si Thammarat).

NAMA SAINTIFIK
Polyalthia Hypoleuca

ASAL
Thailand, Semenanjung Malaysia, Sumatera, Bangka and Borneo

KEGUNAAN
  •  Herba selepas bersalin
  •  Memperbanyakkan susu ibu
  •  Mengelakkan meroyan
  •  Membuang angin
  •  Menstabilkan sel-sel badan
  •  Menguatkan fizikal tubuh
  •  Tonik (menguatkan jantung)
  •  Meningkatkan kadar metabolisma

Jumaat, 18 Jun 2010

Teja Lawang


NAMA LAIN
Medang Teja, Medang kemangi dan juga kayu manis hutan.

NAMA SAINTIFIK
Cinnamomum cinereum / iners

ASAL
Malaysia dan Negara ASEAN

KEGUNAAN

Akar
  •  Ubat demam
  •  Menambah tenaga
  •  Menolak angin
  •  Astma
  •  Batuk
  •  Lumbago (sakit/sengal pinggang)
  •  Baik untuk ibu lepas bersalin
Daun dan Batangnya
  •  Penawar racun
  •  Untuk lemah-lemah tulang
Kulit Batang
  •  Ubat perut mulas
  •  Pelawas (cuci perut dan usus)

CARA-CARA PENGGUNAAN
  • Akar : air rebusan (boleh dicampur denmgan daunnya sekali, digunakan oleh mandi selepas bersalin. Selain itu boleh digunakan sebagai rawatan demam panas.
  • Daun : ditumbuk lumat, cecair diperah dan disapu pada luka akbit terkenan racun sumpitan getah Ipoh atau pun untuk sendi yang mengalami rheumatisme.
  • Pokok : ambil sedikit kulitnya yang lembut. Kunyah, cecairnya ditelan. mampu merawat perut memulas. Boleh juga kulitnya dibancuh dengan teh herba untuk merangsang cirit birit (kaedah mencuci perut dan usus)
  • Daun : minyak diekstrak dan digunakan sebagai perisa gula-gula, kuih muih serta manisan.
  • Pokok : musilajnya digunakan untuk membuat ubat nyamuk, colok, produk plastik, formika, gam, lapisan dalam tayar, pelapis kertas kualiti tinggi, cat, gelas,fiber.
  • Kulit pokok: dijual di Sarawak yang juga dikenali sebagai ' mesni ' dan juga digunakan sebagai ramuan membuat teh, perisa, rempah ratus.


Isnin, 14 Jun 2010

Halban Hitam

NAMA LAIN
Leban, Halban Kuning / Putih / Rontok, dikenali juga sebagai Ibu kepada Ramuan Herba Tradisional.

NAMA SAINTIFIK
Vitex pubescens

ASAL
India, Sri Lanka (rare), Bangladesh, Burma (Myanmar), Indo-China, Thailand, Peninsular Malaysia, Sumatra, Java, Borneo, Sulawesi, the Lesser Sunda Islands and the Philippines (Palawan); introduced in tropical Africa and South America.

KEGUNAAN DAN CARANYA
  • Daun halban digunakan untuk mengubati luka,kudis dan demam. Bagi mengubati luka, daun diramas di tapak tangan dan disapu pada luka. Untuk mengubati demam, daun ditumbukdan dituam pada kepala dan badan. Daunya yang berwarna merah kehitaman seperti daun lemuning direbus dan dimakan sebagai ulam untuk membuang angin dalam tubuh badan. Air rebusan kulit halban jugasesuai digunakan untuk mengeringkan luka, sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.
  • Akar Halban pula dapat dijadikan ramuan selepas bersalin, sakit badan, awet muda, antioksidan, mencairkan darah, melegakan batuk, antioksidan, melancar perjalanan darah dan menguatkan tenaga zahir dan batin. 
  • Daun dan kulit pokok halban berperanan sebagai ubat untuk memulihkan kesihatan ibu bersalin