Ahad, 22 Ogos 2010

MINYAK BUT-BUT

Minyak But-But mengandungi ramuan lebih dari 100 jenis herba, termasuklah jenis tumbuhan yang kebiasaannya digunakan oleh burung But-But untuk membuat sarangnya.

Kelebihan Minyak But-But adalah seperti berikut:-



1.Untuk Patah Tulang.

Panaskan minyak dan sapukan pada bahagian yang patah dan terus balutnya dengan kain. Amalkan bersama Radix sebanyak 6 kapsul sehari.



2.Untuk Buasir.

Sapukan Minyak But-But pada bahagian dubur/anus yang terkeluar. Amalkan bersama Ficus, Pelawas dan Coscinium Plus.



3.Untuk Darah Tinggi dan Lumpuh atau Stroke.

Panaskan minyak sedikit dan sapukan pada bahagian leher dan bahagian yang terasa kesemutan dan lumpuh.



4.Untuk Urut.

Minyak ini bersifat sejuk diluar dan didalam ia akan meresap ke lapisan epidermis yang mampu untuk mengubati saraf yang terganggu.



5.Sengatan Serangga.

Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.



6.Luka Kecil-Kecil.

Ambil kapas dan basahi minyak ini dan letakkan pada bahagian yang terkena sengatan.



7.Terkena Air Panas dan Luka Terbakar.

Sapukan minyak ke bahagian yang mengelembung.



8.Cirit-Birit.

Minum satu sudu kecil bersama air suam.



9.Kembung Perut.

Panaskan sedikit minyak dan urut perlahan-lahan secara berulang kali di bahagian perut secara memutar. Untuk kanak-kanak gunakan daun sirih dan sapukan minyak pada bahagian perut.



10.Asma.

Kanak-Kanak kecil, minum satu sudu kecil pada waktu malam dan sapukan pada bahagian dada dan selimutkan kanak-kanak tersebut.



11.Kanak-Kanak Yang Sering Kencing Malam.

Sapukan pada bahagian ari-ari sebelum tidur. Dicadangkan amalkan bersama Madu Asli.



12.Bayi Sering Menangis Pada Waktu Malam.

Sapukan pada bahagian kening atas pada setiap waktu malam.



13.Lemah Tenaga Batin.

Lakukan urutan pada bahagian zakar pada setiap hari.



14.Wanita Menopouse.

Digunakan untuk menghilangkan rasa sakit bersama suami.



Komposisi (75 ml per botol) :

1. Kaempferia Galanga

2. Melaleuca Lecodendron

3. Cocos Nucifera Oil

4. Tinospora Crispa



Harga :

Semenanjung : RM10

Sabah/Sarawak : RM12.50

Khamis, 12 Ogos 2010

Burger King Haram ?


Berhati-hati tentang sumber makanan yang menjadi darah daging kita. Doa orang mukmin tertangguh 40 hari jika terlibat dengan sumber makanan haram.

Isnin, 28 Jun 2010

Tongkat Ali


NAMA LAIN

Pasak bumi,penawar pahit, penawar bias, bedara merah, bedara putih, lempedu pahit, payong ali, tongkat baginda, muntah bumi, petala bumi (all the above Malay); bidara laut (Indonesian); babi kurus (Javanese); cay ba binh (Vietnamese) and tho nan (Laotian)

NAMA SAINTIFIK
Eurycoma longifolia

ASAL
Indonesia, Malaysia, Thailand, Vietnam, dan Laos

KEGUNAAN
  •  Demam panas- pemulaan demam
  •  Demam kuning- keracunan di hati
  •  Sakit tulang dan sendi.
  •  Gatal-gatal badan
  •  Batuk kering (TB)
  •  Kencing manis.
  •  Lemah tenaga batin
  •  Merawat pening kepala 
  •  Kurap
  •  Disentri (ganguan usus)
  •  Bengkak 
  •  Antitumor
  •  Antiradang 
  •  Antioksida.
  •  Meningkatkan saiz otot 
  •  Meningkatkan dan menguatkan testosterone

CARA-CARA PENGGUNAAN

❝ MINUM KOPI RADIX ATAU KAPSUL RADIX KELUARAN HPA ❞
  1. Ambil akar tongkat ali.
  2. Kemudian, bersihkan akarnya dahulu dan keringkan.
  3. Setelah kering, racik akar Tongkat Ali halus-halus.
  4. Seterusnya, ambil sedikit saja akar yang telah diracik halus tadi.
  5. Masukkannya ke dalam gelas yang berisi air panas dan biarkannya terendam.
  6. Setelah air rendaman itu suam, tapiskannya ke dalam gelas lain.
  7. Proses penapisan ini bertujuan untuk mengasingkan serbuk akar Tongkat Ali yang ada di dalamnya kerana serbuk tersebut tidak sesuai untuk diminum. Ini adalah kerana serbuk tersebut sifatnya tidak mudah hadam walaupun ia nampak halus. Ia juga dikhuatiri boleh mencalarkan saluran darah dan ada kalanya akan mendap di dalam buah pinggang.
  8. Setelah menapis air tersebut, barulah boleh meminumnya secara perlahan-lahan.

Sabtu, 26 Jun 2010

Mata Pelanduk

NAMA LAIN
Mata Ayam

NAMA SAINTIFIK
Morinda Eliptika

ASAL
Hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN

KEGUNAAN & CARANYA
  • Kulit batang pokok pelanduk boleh digunakan untuk mengubat kudis. Kulit kayu pada batang ditumbuk lumat dan campur dengan minyak kelapa dan belerang (sulfur) dalam nisbah yang sama.Campuran ini disapukan pada kudis.
  • Pucuk pokok mata pelanduk boleh digunakan untuk merawat demam panas. Segenggam pucuk diramas dalam air sehingga keluar lendir atau tumbuk akar hingga lumat dan campur air serta tapis. Air ini digunakan untuk membasuh kepala setiap hari
  • Akarnya dianggap mujarab untuk campuran ubat sakit meroyan. 
  • Air rebusan akarnya diyakini baik untuk membantu membersihkan darah, mengubati batuk, merawat sakit telinga, demam, patah, terseliuh, sakit tekak atau dada. Tetapi awas, jika minum terlalu banyak menyebabkan seseorang muntah. 
  • Daunnya elok untuk mengubat penyalit sengal-sengal tulang. Lumatkan daun beserta akarnya lalu pupukkan pada tempat yang sakit. 
  • Buahnya yang berwarna merah dan manis, boleh dimakan sebagai ulam.
  • Akstrak tumbuhan berubat ini juga digunakan di dalam untuk merawat kelemumur dan gatal kulit kepala iaitu dengan cara mencampurkan dengan minyak kelapa dan pati bunga-bungaan.
  • Khasiatnya yang teristimewa dalam akar tumbuhan berubat ini dikatakan mampu meneutralkan asik urik bagi pesakit ghout dan bengkak sendi.
  • Bersifat DIURETIK (Memperbanyakkan Buang Air Kencing) untuk membersihkan penapis buah pinggang
  • Membersihkan salur kencing

Khamis, 24 Jun 2010

Tebu Gajah

NAMA LAIN
Akar Manis

NAMA SAINTIFIK
Albizia myriophylla

ASAL
Terdapat di Siam dan tersebar ke Semenanjung Malaysia. Hidup di kawasan tanah rendah dan kawasan terbuka seperti di Perlis, Terengganu dan Pahang.

KEGUNAAN
  •  Merawat kencing manis 
  •  Merawat darah tinggi
  •  Sebagai penawar racun (antidot)
  •  Penawar untuk demam
  •  Mengubati sakit telinga
  •  Membuang angin dalam badan
  •  Ubat tenaga batin
  •  Merawat Keputihan
  •  Memberi tenaga 
  •  Baik untuk kesihatan wanita
  •  Mengelakkan sakit-sakit badan
  •  Pelawas.
  •  Meneutralkan kafein
  •  Meningkatkan stamina

Selasa, 22 Jun 2010

Mengkudu Hutan

NAMA LAIN
Mengkudu Kecil

NAMA SAINTIFIK
Morinda Eliptika

ASAL
Hutan Malaysia serta di negara-negara ASEAN

KEGUNAAN
  •  Mencairkan darah
  •  Digunakan oleh ibu selepas bersalin untuk melancarkan perjalanan darah kotor keluar dari tubuh badan
  •  Awet muda
  •  Menguatkan tenaga zahiR dan batin
  •  Ubat untuk sakit jantung
  •  Menghaluskan kulit
  •  Melancarkan perjalanan darah
  •  Kembung perut
  •  Merawat sakit kepala 
  •  Buasir
  •  Sakit jantung
  •  Darah tinggi 
  •  Pelawas 
  •  Memberikan tidur yang berkualiti
  •  Menjadikan rambut lebih hitam, bersinar dan berkilat.
  •  Mengatasi masalah kegatalan 
  •  Kencing manis
CARA-CARA PENGGUNAAN
  • akarnya sering diramu kedalam jamu
  • Buah yang dimasak dimakan atau menghancurkan jadi jus, campur dengan limau kasturi dan garam lalu minum. (Sakit Jantung)
  • Buah yang masak ditumbuk dan diperah airnya untuk diasapukan pada kulit.
  • Air dimasak bersama santan kelapa hingga menjadi minyak. Sapukan pada muka.
  • Daun dan pucuk dijadikan ulam.(melancarkan perjalanan darah, awet muda dan mencantikkan rambut)
  • Daun muda dilayukan atas api dan tampal pada perut.(kembung perut)
  • Buahnya direbus terlebih dahulu sebelum digunakan untuk mencuci rambut.
  • Daun tua mengkudu juga boleh mengatasi masalah kegatalan dengan menyentalkannya pada tempat-tempat berkenaan setelah ia diramas-ramas terlebih dahulu.
  • Ambil segelas air panas dan celurkan sehelai daun mengkudu hutan ke dalamnya selama dua atau tiga minit sampai daun menjadi layu sebelum meminum airnya (kencing manis)

Ahad, 20 Jun 2010

Larak Hutan


NAMA LAIN
Malaysia Akar larak hutan, Melilin (Peninsular), Selaut (Iban, Sabah). Indonesia Tepis(Sumatra), Banet, Usai (Bangka).

Thailand Sang Yuu Khaao (Nakhon Si Thammarat).

NAMA SAINTIFIK
Polyalthia Hypoleuca

ASAL
Thailand, Semenanjung Malaysia, Sumatera, Bangka and Borneo

KEGUNAAN
  •  Herba selepas bersalin
  •  Memperbanyakkan susu ibu
  •  Mengelakkan meroyan
  •  Membuang angin
  •  Menstabilkan sel-sel badan
  •  Menguatkan fizikal tubuh
  •  Tonik (menguatkan jantung)
  •  Meningkatkan kadar metabolisma

Jumaat, 18 Jun 2010

Teja Lawang


NAMA LAIN
Medang Teja, Medang kemangi dan juga kayu manis hutan.

NAMA SAINTIFIK
Cinnamomum cinereum / iners

ASAL
Malaysia dan Negara ASEAN

KEGUNAAN

Akar
  •  Ubat demam
  •  Menambah tenaga
  •  Menolak angin
  •  Astma
  •  Batuk
  •  Lumbago (sakit/sengal pinggang)
  •  Baik untuk ibu lepas bersalin
Daun dan Batangnya
  •  Penawar racun
  •  Untuk lemah-lemah tulang
Kulit Batang
  •  Ubat perut mulas
  •  Pelawas (cuci perut dan usus)

CARA-CARA PENGGUNAAN
  • Akar : air rebusan (boleh dicampur denmgan daunnya sekali, digunakan oleh mandi selepas bersalin. Selain itu boleh digunakan sebagai rawatan demam panas.
  • Daun : ditumbuk lumat, cecair diperah dan disapu pada luka akbit terkenan racun sumpitan getah Ipoh atau pun untuk sendi yang mengalami rheumatisme.
  • Pokok : ambil sedikit kulitnya yang lembut. Kunyah, cecairnya ditelan. mampu merawat perut memulas. Boleh juga kulitnya dibancuh dengan teh herba untuk merangsang cirit birit (kaedah mencuci perut dan usus)
  • Daun : minyak diekstrak dan digunakan sebagai perisa gula-gula, kuih muih serta manisan.
  • Pokok : musilajnya digunakan untuk membuat ubat nyamuk, colok, produk plastik, formika, gam, lapisan dalam tayar, pelapis kertas kualiti tinggi, cat, gelas,fiber.
  • Kulit pokok: dijual di Sarawak yang juga dikenali sebagai ' mesni ' dan juga digunakan sebagai ramuan membuat teh, perisa, rempah ratus.


Isnin, 14 Jun 2010

Halban Hitam

NAMA LAIN
Leban, Halban Kuning / Putih / Rontok, dikenali juga sebagai Ibu kepada Ramuan Herba Tradisional.

NAMA SAINTIFIK
Vitex pubescens

ASAL
India, Sri Lanka (rare), Bangladesh, Burma (Myanmar), Indo-China, Thailand, Peninsular Malaysia, Sumatra, Java, Borneo, Sulawesi, the Lesser Sunda Islands and the Philippines (Palawan); introduced in tropical Africa and South America.

KEGUNAAN DAN CARANYA
  • Daun halban digunakan untuk mengubati luka,kudis dan demam. Bagi mengubati luka, daun diramas di tapak tangan dan disapu pada luka. Untuk mengubati demam, daun ditumbukdan dituam pada kepala dan badan. Daunya yang berwarna merah kehitaman seperti daun lemuning direbus dan dimakan sebagai ulam untuk membuang angin dalam tubuh badan. Air rebusan kulit halban jugasesuai digunakan untuk mengeringkan luka, sekaligus mempercepatkan proses penyembuhannya.
  • Akar Halban pula dapat dijadikan ramuan selepas bersalin, sakit badan, awet muda, antioksidan, mencairkan darah, melegakan batuk, antioksidan, melancar perjalanan darah dan menguatkan tenaga zahir dan batin. 
  • Daun dan kulit pokok halban berperanan sebagai ubat untuk memulihkan kesihatan ibu bersalin

Rabu, 26 Mei 2010

KISMIS MINDA



Kismis adalah buah anggur yang dikeringkan. Penggunaan kismis (vitis vinifera) dalam pelbagai tradisi dan budaya mungkin berbeza di antara satu sama lain. Namanya juga berbeza di antara pelbagai budaya dan bahasa. Ia boleh dimakan mentah mahupun digunakan dalam masakan dan pembuatan kek. Kismis sangat manis disebabkan kepekatan gula yang tinggi dan sekiranya ia disimpan terlalu lama, maka gulanya akan membentuk kristal di dalam buahnya. Ini menyebabkan buahnya mengecut tetapi tidak menjejaskan kegunaanya.



Sebanyak 60% berat kismis terdiri daripada gula, di mana separuh darinya adalah fruktosa dan separuh lagi adalah glukosa. Kismis sangat tinggi kandungan antioksidannya berbanding buah prune dan aprikot.



Kismis telah lama digunakan sebagai sumber diet bagi mendapatkan asid lemak perlu dan tokoferol sebagai antioksidan.



Nama-nama bagi kismis:

Inggeris –> Grape seed / Raisin

Arab –> Zabib

Melayu –> Kismis

Saintifik/latin –> Vitis vinifera



Khasiat dan Kegunaan Kismis:



1. Melindungi hati.

2. Memperbaiki sirkulasi (termasuk bagi kondisi seperti varicose veins, bengkak, lebam (bruise) dan kabur pandangan).

3. Melawaskan pembuangan air besar.

4. Memperbaiki tone dan keanjalan kulit

5. Membantu pelajar meningkatkan memori dan hafalan (tradisi perubatan Islam).

6. Melawan bakteria mulut (oral bacteria) yang menyebabkan pereputan gigi.



Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 10

Sabah & Sarawak: RM 12

PENAPIS AIR DEW





KEISTIMEWAAN PENAPIS AIR DEW



Katrij Dew bebas dari unsur-unsur penggunaan tulang haiwan, hanya mengguna

kan tempurung kelapa sebagai bahan gantian tulang haiwan.



Formula kandungan setiap katrij di dalam berbeza dan tiada syarikat lain yang boleh menciplak sukatan dan ukuran bahan tersebut dalam katrij. kajian hampir 7
tahun untuk menghasilkan penapis air Dew yang berkualiti.



Sesetengah penapis air di pasaran, tempoh hayat gantian katrij dalam 1 tahun mencapai sehingga RM300.00 hingga RM400.00 setahun dan melibatkan 2 atau


3 katrij dalam setahun, sedangkan Penapis Air Dew hanya memerlukan belanja RM98.00 untuk tempoh 1 tahun pertama. Harga katrij yang murah dan mampu dimiliki.



PH air yang hampir menyamai air Zam Zam.



Boleh membantu menyelesaikan pelbagai penyakit sep
erti sakit-sakit sendi, sel kanser, darah tinggi, kenc
ing manis, batu karang, gout, membantu meneutralkan asid dalam badan dan sebagainya.

MENGAPA MEMILIH PRODUK PENAPIS AIR DEW



Ini diakui oleh seorang doktor bernama Dr.Mona Harrison MD pengarah Majlis Air Antarabangsa mengatakan sel kenser mati dalam air beralkali, virus dan agen jangkitan lain tidak boleh hidup di persekitaran alkali dan air beralkali baik untuk insomnia dan Colic. Sel yang sihat akan bersifat alkali dan sel yang rosak atau tidak sihat bersifat asid.



Apa yang menjadi masalah ialah harga tunai di pasaran Penapis Air terlalu tinggi sehingga mencapai RM2,000.00 harga tunai dan kos penyelengaraan yang mahal berbanding penapis Dew yang lebih murah dan berkualiti tinggi.



Dew WATER berupaya memulihkan penyakit migrain, darah tinggi, kencing manis, gout, gastrik, buasir, batu karang, kanser payudara, kanser pangkal rahim, hepatitis A, hepatitis C, lelah, sakit urat, masalah mental, mengurangkan masalah syndrom down dan berbagai penyakit lagi


EQ MINDA

EQ MINDA merupakan formulasi produk pemakanan kesihatan alami yang difokuskan bagi membantu perkembangan minda anak-anak, tidak hanya dalam bidang akademik yang boleh diukur secara IQ, tetapi juga kemahiran emosi yang dikenali sebagai EQ atau Emotional Intelligent.



Islam telah lama mengajar kita tidak hanya mengambil pemakanan yang halal, tetapi halalan thaiyyiban (halal lagi baik). Kombinasi 2 elemen tersebut adalah dipercayai dapat melahirkan generasi yang bukan sekadar pintar tetapi mampu mengawal diri dan berakhlak dengan akhlak yang terpuji lagi mulia.



RAMUAN UTAMA PRODUK EQ MINDA HPA



Madu Lebah (Honey)

Badam (Almond)

Habbatus Sauda’ (Black Seed)

kacang Adas (Lentil)

Kurma (Dates)

Tin (Figs)

Kismis (Raisins)

Zaa’rafan (Saffron)

Halia (Ginger)

EVERGREEN CENTELLA

Laksana misteri kaum Muslim Hunza yang menghuni di lembah antara Hindu Kush dan Karakorum, di kaki gunung Himalaya, Asia Tengah. Suatu tempat yang paling tinggi kualiti udara segar di dunia! Mengamalkan cara hidup Islami semaksimanya; dengan cara pemakanan yang sihat, penuh pynutrien alamiah, menjadikan mereka diantara bangsa yang paling panjang umur di dunia. Para Saintis mengkagumi fenomena ini!



Khasiat Evergreen Centella (EC):



Mempunyai Gamma Linolenik Asid (GLA). EC mengandungi GLA sebagai Natural Estrogen yang melambatkan penuaan. Kesan pada kulit dapat dilihat dalam tempoh 20 hari pengambilan. Halus, bersih dan dapat menghilangkan kedut pada kulit.



Baik untuk Pertumbuhan Otak. Masalah keracunan di otak dapat dilihat pada tanda antara jam 11 hingga 1 (Iridologi). Otak memerlukan makanan yang seimbang bagi melakukan self-healing, self-protection dan self-cleansing. EC baik untuk orang dewasa serta anak-anak yang sering terdedah kepada makanan ringan.



Amat sesuai untuk pelajar. EC amat baik diberikan kepada pelajar bagi mengatasi masalah ADD (Attention Deficit Disorder). Ia akan merangsang kecekapan otak untuk lebih tumpuan sewaktu belajar. Pelajar akan lebih tenang kerana EC akan menyebabkan sistem saraf menjadi tenang (kerapkali terjadi kepada anak-anak yang banyak mengambil MSG).



Untuk Purifier Darah. Kita tidak mengetahui sama ada darah kita bersih dari toksid atau tidak sebelum kita mengambil EC. Selepas mengambilnya, tubuh akan bertindak balas seperti merasa mengantuk, pening, gatal-gatal badan, hidung berair atau demam. Semua gejala ini menunjukkan darah anda dipenuhi racun dan ini membuatkan kita cepat tidak bermaya.



Untuk Impotensi. Dalam kajian terbaru pada lelaki di beberapa negara dunia, menunjukkan kadar sperma semakin berkurangan. Ini diikuti dengan meningkatnya masalah impotensi pada lelaki. Elakkan daripada mengambil Pil Viagra - kimia yang merosakkan tubuh!!! Dengan 3 sudu EC serta 3 titis Madu akan memberikan kesan jauh lebih baik daripada Viagra. Kesan akan dapat dilihat setelah 7 hari mengamalkannya.



Penuh Dengan Klorofil. Selain daripada menjadi pencuci tubuh secara alami, klorofil dalam EC mempunyai molekul yang serupa dengan hemoglobin dalam sel darah merah. Baik untuk orang yang kurang darah dan ia meningkatkan kadar pengambilan oksigen. Kekurangan oksigen dapat dilihat pada zon ke 7 (Iridologi).



Komposisi :

Gabungan Pegaga dan Spirulina segar dan kaya dengan protein, lemak, karbohidrat serta pynotruien yang memenuhi keperluan tubuh, diakui sebagai makanan seimbang abad ini, mengandungi Vitamin A, B1, B2, B6, B12, E, Niasin, Inositol, Asid Pantotenik, Asid Folik, Vitamin K serta Mineral seperti Kalsium, Kalium, Magnesium, Fosforus, Besi, Kuprum, Mangan, Kobalt, Iodin dan Selenium.



Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 55

Sabah & Sarawak: RM 60

RADIX

Produk ini menggunakan bahan utama Eurycoma Longifolia (Tongkat Ali) yang bersaiz besar. Produk ini sesuai diamalkan oleh semua peringkat golongan dan jantina. Radix dapat merangsang proses biosintesis terhadap hormon endrogen khusus untuk lelaki dan estrogen khusus untuk perempuan. Radix yang mengandungi pelbagai herba ini amat baik untuk lelaki yang menghadapi masalah lemah tenaga batin (aphrodisiac). Dalam satu kajian menunjukkan kepekatan sperma lelaki akan bertambah khusus bagi lelaki yang menghadapi masalah sperma cair.



Flavanoid yang terdapat dalam Radix berfungsi sebagai anti oksida, anti virus, anti peradangan dan anti keracunan. Radix tergolong dalam herba diuretik yang membantu memperbanyakkan pengeluaran urine dan memperbaiki ginjal. Radix juga bertindak untuk mempengaruhi metabolisma kalogen bagi memperbaiki tendon, ligamen, rawan, dan sendi yang rosak akibat penyakit gout, arthritis dan rhuematik. Radix bersama Minyak but-But amat sesuai untuk mereka yang menghadapi permasalahan ikatan silang kalogen pada sendi. Mereka yang menghadapi patah tulang atau terseliuh dapat mengatasi dalam masa yang cepat.



Bagi mereka yang demam di tahap awal gunakan Radix dan Malac. Flavanoid dalam Radix amat baik untuk mengatasi penyakit seperti athma sekiranya disinergikan bersama pelawas. Radix juga bertindak sebagai karminatif (penolak angin) amat baik untuk mereka yang menghadapi gastrik dan ulser. Radix baik untuk keseimbangan hormon wanita agar tidak dingin bersama suami.



Komposisi (75 Kapsul per botol) :

1. Ardisia Crispa

2. Cinnamomum Iners

3. Morinda Eliptica

4. Eurycoma Longifolia

5. Smilax Myositiflora

6. Alyxia Reinwardtii

7. Alyxia Indica

8. Freycinetia Malaccencis



Dos :

2 kapsul malam dan 2 kapsul pagi



Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 20

Sabah & Sarawak: RM 22

PLANTISOL - KENCING MANIS

Bahan aktif plantisol di dalam ramuan ini berfungsi untuk menurunkan paras glukosa dalam darah (hipoglicemia) serta bertindak untuk merangsang pengeluaran insulin oleh pankreas. Penggunaan Plantisol untuk penderita kencing manis adalah seperti berikut:-



1. Penyakit kencing manis di tahap awal (gula dalam darah). Amalkan plantisol 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam sebelum makan. Minum sekurang-kurangnya 2 gelas teh herba setiap hari.



2. Bagi penderita yang sering lemah amalkan bersama spirulina.



3. Bagi penderita yang mengalami gengren disarankan menggunakan teh herba dalam 8 uncang sehari. Hampas teh disapukan ke bahagian yang terluka.



Amalan Ubat Rebusan Tisol K bersama Plantisol akan mempercepatkan pemulihan penderita kencing manis yang menghadapi masalah kronik. Penderita yang menghadapi kencing manis, ginjal rosak dan darah tinggi juga dicadangkan mengamalkan Malac yang bersifat diuretik.



Komposisi (75 Kapsul per botol) :

1. Barrintoga Racemosa

2. Pithecellobium Jiringa

3. Tetra Indica

4. Tinospora Crispa

5. Andrographis Paniculata



Dos :

Amalkan 2 kapsul pagi, 2 kapsul tengahari dan 2 kapsul malam.



Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 20

Sabah & Sarawak: RM 22

MOMENTS

Wanita masa kini mempunyai gaya hidup yang aktif dan sibuk. Tidak kira mereka adalah seorang wanita berkerjaya atau surirumah, kesibukan dalam menjalani tugasan seharian, perubahan fisiologi dan faktor persekitaran mendedahkan wanita kepada pelbagai maslah kesihatan. Lebih-lebih lagi sikap kebanyakan wanita yang sangat mengambil berat untuk menjaga kesihatan suami, anak dan orang yang disayangi tetapi malangnya sering mengabaikan kesihatan diri sendiri.



Bagi memenuhi keperluan kesihatan wanita, MOMENTS adalah produk yang tepat yang diformulasikan khas dari herba terbaik iaitu Manjakani, Noni, Roselle dan Madu. Ia dirumus khas untuk mengatasi masalah yang sering dihadapi oleh wanita seperti hormon yang tidak seimbang, kesihatan seksual, kesihatan reproduktif, masalah berat badan, keletihan dan kemurungan. Kebaikan keempat-empat bahan terpilih juga boleh mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser,kesihatan jantung, tekanan darah dan lain-lain.



Selain dari khasiat kesihatannya yang hebat, MOMENTS dikilangkan dalam persekitaran terkawal, bersih dan memenuhi keperluan Amalan Perkilangan Baik (GMP) serta prinsip Halal dan Toyyiba untuk memastikan kuaiti, keselamatan dan efikasi produk berada pada tahap yang terbaik demi kepuasan para pengguna.



Dengan hanya 1 sudu makan (10ml), sekali pada setiap hari, MOMENTS akan membantu untuk mengekalkan kesihatan dan keceriaan serta meningkatkan kualiti hidup wanita masa kini!



MOMENTS, Formulasi Istimewa Untuk Wanita Masa Kini. Selamat Mencuba..!!



Masalah Kesihatan Wanita Mengikut Usia



18-30 tahun:



* Kitar haid tidak teratur

* Keputihan berlebihan

* Kesakitan melampau semasa sindrom pra-haid

* Masalah kesihatan serviks

* Masalah kulit dan jerawat



30-50 tahun:



* Masalah kesihatan seksual

* Letih dan kemurungan

* Kegemukan, perut buncit dan kulit mengelebeh

* Masalah rahim-rahim longgar

* Kandungan luar rahim dan keguguran

* Masalah kesuburan

* Risiko barah (payudara, rahim, serviks)



50-70 tahun:



* Sindrom menapous

* Penyakit jantung

* Osteoarthritis & Osteoporosis

* Penyakit berkaitan mata

* Naraj (payudara, rahim, serviks)



70 tahun dan Keatas:



* Sindrom pasca menapous (kehilangan estrogen)

* Athritis

* Lemah daya ingatan

* Nutrisi tidak mencukupi

* Sakit tidur



Keistimewaan Produk



* Produk kesihatan berunsurkan bahan semulajadi

* Menggabungkan kebaikan 3 herba utama iaitu Mengkudu (Noni),Manjakani, Roselle dan Madu

* Penjagaan kesihatan dan kecantikan dalaman serta luaran didatangkan dalam 1 botol

* Sangat menjimatkan! Hanya 1 sudu makan (10ml) sekali sehari

* Produk terbaik untuk penjagaan ibu selepas bersalin

* Sesuai untuk semua peringkat umur wanita seawal remaja berusia 18 tahun sehingga wanita berusia/menopous

* meningkatkan kualiti hidup untuk wanita samada berkerjaya atau surirumahtangga



Nota



MOMENTS tidak disarankan untuk wanita mengandung



Cadangan Penggunaan:



1 sudu makan atau 10ml setiap kali sebelum makan. Kesan maksimum akan diperolehi apabila produk diambil secara berterusan (setiap hari). Pengguna dinasihatkan menngambil air kosong yang mencukupi apabila menggunakan produk yang mengandungi manjakani.

HERBA PELAWAS



Usus merupakan organ utama dalam menentukan kesihatan seseorang. Makanan yang berserat tinggi dapat mengurangkan risiko kepada penyakit jantung dan kadar kolesterol tinggi. Produk ini merupakan herba yang mempunyai kadar serat yang tinggi dan amat baik kepada mereka yang menghadapi permasalahan di bahagian usus. Pelawas dapat mengurangi risiko penyakit dengan mengurangi masa transit makanan pada saluran gastrousus dan membantu mengurangkan kadar kolesterol LDL serta membantu menstabilkan kandungan gula dalam darah.



Sehubungan dengan itu, Pelawas dapat mengurangkan risiko sakit jantung kerana ia bertindak mengikat lemak-lemak dan asid empedu yang dikeluarkan sebagai bahan buangan sehingga pengamal akan mendapati kadar kolesterol LDL akan menurun setelah beberapa minggu mengamalkan Pelawas. Produk ini bertindak sebagai serat mudah larut dan amat sesuai untuk penderita kencing manis kerana Pelawas dapat mengendalikan kadar gula dalam darah.



Pelawas juga dapat menyerap kadar air yang tinggi dan ini akan memudahkan proses pembuangan air besar. Pelawas dapat mengubati permasalahan dalam usus besar seperti divertikulitis dan irritable bowel syndrome (najis tersumbat dan terlekat pada dinding usus besar).



Pelawas amat baik untuk mereka yang ingin mengawal kadar berat badan yang berlebihan.



Produk ini tidak sesuai diamalkan oleh wanita hamil.



Kandungan Bahan: Ipmea Reptans

Cara Pemakanan: Amalkan 2 kapsul pada malam dan 2 kapsul pada siang.

Jumlah Kandungan: 75 kapsul per botol



Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 20

Sabah & Sarawak: RM 22

OMEGA-3

Produk yang mengandungi asid lemak EPA (Eicosa Pentaenoic Acid), DHA (Docosa Hexaenoic Acid), LLA (Linolenik Acid), asid amino kompleks dan mineral. Omega3 Softgel menggunakan sumber dari ikan laut dalam yang diperolehi di kawasan Artik yang dikenalpasti mengandungi bahan tersebut. Kajian dari para pakar pemakanan kesihatan mendapati ikan yang terdapat di sekitar kawasan laut Artik seperti Tenggiri Biru, Kod, Solomon dan sebagainya mempunyai kadar EPA dan DHA yang tinggi. EPA dapat mencegah :


1. Kanser

2. Trombosit (pembekuan darah)

3. Atheroskerosis (pembekuan lemak dalam darah)

4. Kadar kolestrol yang berlebihan

5. Plasma lipid yang berlebihan

6. Penyakit jantung

7. Stress yang berlebihan

8. Tekanan darah tinggi



DHA berfungsi membantu meningkatkan kemampuan otak untuk belajar dan menguatkan minda serta daya ingatan. Kelebihan lain yang ada pada Omega3 Softgel adalah :



1. Mencegah radang sendi (rheumatoid arthristis)



2. Mencegah asma



3. Meningkatkan daya seks kesuburan



4. Mencegah kanser payu dara, usus, pankreas dan prostat



5. Mencegah penyakit kulit



6. Mencegah migran, kesemutan, sejuk pada kaki dan tangan





Komposisi (35 biji per botol) :

Setiap softgel 500mg mengandungi 18%EPA dan 12%DHA



Dos :

Amalkan 2 softgel pagi, 2 waktu tengahari dan 2 waktu malam.



Komposisi (60 biji per botol):



Harga Pengguna

Semenanjung Malaysia: RM 32

Sabah & Sarawak: RM 36

MEGA-3



Produk ini khusus menggunakan Ikan Tenggiri Biru dari Lautan Artik ini mempunyai kadar DHA yang tinggi jika dibandingkan dengan ikan-ikan laut yang lain. Keunggulan produk ini :



1. Mengandungi kadar mineral yang tinggi



2. Mengandungi protin yang berkualiti



3. Lebih mudah diserap oleh badan



4. Amat sesuai dijadikan amalan oleh ibu mengandung untuk kecerdasan minda bayi yang dikandung



5. Sesuai mulai bayi hingga dewasa untuk pemakanan kesihatan



6. Meningkatkan daya kesuburan lelaki dan perempuan



7. Mengatasi masalah kardiovaskular





Komposisi (60 Kapsul per botol) :



1. Scomber scombrus

2. Mallotus villosus

3. Clupea harengus

4. Engraulis ringens



Dos :



Umur di bawah 3 tahun : 2 kapsul sehari

Umur 3 hingga 7 tahun : 3 kapsul sehari

umur 7 tahun ke atas : 2 kapsul pagi dan 2 kapsul malam



Harga Pengguna



Semenanjung Malaysia: RM 30

Sabah & Sarawak: RM 35

Jumaat, 12 Mac 2010

3 FAKTOR KEJAYAAN AHLI HPA

Kejayaan seseorang Ahli HPA bergantung kepada 3 faktor utama:-

1. Tingginya Pangkat seseorang :-Ahli yang ingin berjaya seharusnya mengejar kenaikan pangkat yang tinggi kerana semakin tinggi pangkat seseorang maka tinggilah bonus yang akan diterima. Dengan Kenaikan pangkat yang tinggi juga dapat membezakan peratusan bonus yang akan diterima oleh ahli setiap bulan.

2. Perkembangan JaringanPerkembangan jaringan harus dilakukan dengan betul ini kerana semakin ramai dan besar jaringan kita maka besarlah kutipan Nilai Mata setiap bulan.

3. Kuasa belian Yang Tinggi:
Pangkat yang tinggi dan jaringan yang ramai juga tidak menjamin mendapat bonus yang besar kecuali kuasa belian group mencapai kutipan jualan yang tinggi. kerana hanya dengan kuasa belian group yang tinggi akan dikira untuk penerimaan bonus yang lebih besar

Sebenarnya banyak lagi faktor –faktor kejayaan ahli-ahli HPA tetapi yang dinyatakan diatas adalah faktor-faktor utama bagaimana seseorang ahli boleh mencapai kejayaan.

Ahad, 21 Februari 2010

MENCARI YANG HALAL SATU FARDU

HALAL bermaksud dibenar dan tidak dilarang oleh Allah. Ia bukan sahaja berkait dengan makanan dan minuman, tetapi juga berkait dengan pakaian, alat-alat perhiasan, kosmetik dan sebagainya. Namun penggunaan istilah HALAL paling kerap digunakan pada makanan dan minuman.



Mengguna barangan HALAL adalah tuntutan Allah ke atas manusia terutama kaum muslimin. Allah berfirman di dalam al-Quran :

يايها اناس كلوا مما في الأرض حللا طيبا ولا تتبع ا خطوات الشيطن ، انه لكم عدو مبين
Maksudnya : Hai sekalian manusia, makanlah yang halal lagi baik dari apa yang terdapat di bumi, dan janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan; Karena Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagimu.




Dengan kesedaran mengeluar dan memperniagakan barang-barang HALAL, umat Islam akan berupaya mewujudkan pasaran bersekutu sesama mereka yang menawarkan produk makanan dan barangan yang benar-benar bersih dan suci mengikut nilaian Islam iaitu produk makanan dan barangan HALAL.



KONSEP ASAS HALAL DAN HARAM DI DALAM ISLAM



Rasulullah s.a.w. menjelaskan konsep asas HALAL dan haram di dalam Islam dengan sabda baginda;

Maksudnya; “Sesungguhnya yang HALAL itu jelas dan yang haram itu juga jelas. Namun di antara keduanya ada perkara-perkara yang syubhah (yakni samar-samar antara HALAL dan haram), yang tidak diketahui oleh kebanyakan manusia (sama ada HALAL atau haram). Oleh itu, sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya.



Dari hadis di atas kita dapat mengambil beberapa ketetapan hukum;



1. Yang HALAL dan yang haram adalah jelas di dalam Islam.



Penetapan HALAL dan haram di dalam Islam adalah terang dan jelas. Setiap butiran yang HALAL dan yang haram terkandung di dalam al-Quran dan juga as-Sunnah. Oleh demikian, setiap umat Islam wajib merujuk kepada para ulamak yang mengetahui ilmu al-Quran dan as-Sunnah untuk mengetahui apa yang HALAL dan apa yang haram. Lebih utama untuk melakukan rujukan tersebut ialah para pengeluar dan para peniaga kerana kesilapan mereka akan turut membabitkan orang lain dalam menikmati makanan atau barangan yang haram atau tidak HALAL.



Panduan mengenali makanan dan barangan HALAL

Menurut ulamak, HALAL atau tidaknya suatu makanan dan barangan itu bergantung kepada dua faktor;

a-Zat makanan dan barangan itu sendiri; hendaklah tidak tergolong dalam perkara yang disenarai-haramkan oleh Syarak.

b-Cara pemerolehan makanan dan barangan tersebut. Sekalipun zat suatu barang itu HALAL, namun jika diperolehi dengan jalan riba, penipuan dan sebagainya, maka ia adalah haram di sisi Syarak.



Lebih terperinci, semua makanan dan barangan yang hendak diisytiharkan HALAL hendaklah mempunyai ciri-ciri berikut;

1.Ia tidak mendatangkan mudarat kepada akal dan badan.

2.Ia bebas dari najis

3.Ia bukan produk yang diperolehi dari sumber babi atau anjing.

4.Bagi produk yang diperolehi dari sumber binatang-binatang lain yang HALAL dimakan (khususnya binatang darat) hendaklah dipastikan ianya disembelih mengikut hukum Syarak.

5.Ia diperolehi melalui sumber yang diharuskan.



Oleh demikian, dalam pengeluaran barang-barang HALAL, para pengeluar hendaklah memastikan bahan mentah dan ramuan yang digunakan hendaklah HALAL. Binatang yang HALAL untuk dimakan seperti lembu, kambing dan sebagainya mestilah disembelih mengikut hukum Islam, di mana penyembelihannya itu dilakukan oleh orang Islam dengan memetuhi syarat-syarat penyembelihan yang ditetapkan. Bahan ramuan HALAL tidak boleh bercampur atau menyentuh bahan-bahan haram seperti produk daripada sumber babi atau anjing sewaktu menyimpan, mengangkut, memasak dan menghidangkannya.



Pada tahun 2001 umat Islam di Malaysia dan Indonesia digemparkan dengan berita mengenai enzim babi digunakan dalam pengeluaran bahan penambah perisa MSG. Bahan yang menimbulkan kontroversi itu ialah Bactosoytone iaitu nutrien yang digunakan untuk membiakkan bakteria yang akan digunakan sebagai medium pembiakan ibu dalam proses penapaian. Bactosoytone dihasilkan apabila protein soya diuraikan oleh enzim yang diekstrakkan daripada pankreas babi. Oleh itu, penggunaan Bactosoytone dalam pengeluaran MSG adalah haram kerana ia dihasilkan daripada sumber yang haram.



2. Jauhi yang syubhat



Di persimpangan antara yang HALAL dan yang haram tersebut terdapat yang samar-samar yang belum dipasti statusnya; apakah ianya HALAL atau haram, iaitulah perkara-perkara syubhat. Perkara syubhat ialah perkara yang diragui HALAL-haramnya. Langkah terbaik menurut Rasulullah ialah dengan meninggalkannya. Rasulullah s.a.w. menegaskan dalam hadis di atas; “…sesiapa menjaga dirinya dari segala yang syubhah itu, maka sesungguhnya ia memelihara agama dan kehormatan dirinya. Dan sesiapa terjatuh dalam perkara syubhah, kemungkinan ia terjatuh ke dalam yang haram…”.



Sebagai contoh; penggunaan gelatin. Gelatin dihasilkan daripada kulit dan urat binatang seperti babi dan lembu. Namun sekalipun gelatin diperolehi daripada lembu, ini tidak bermakna ianya HALAL kerana kita tidak tahu sama ada lembu tersebut telah disembelih mengikut hukum Islam atau tidak. Di banyak negara bukan Islam, hanya terdapat segelintir rumah sembelihan yang memenuhi keperluan orang Islam. Tambahan pula, kebanyakan makanan bergelatin tidak menyatakan sama ada gelatin yang digunakan itu diperolehi dari sumber babi atau lembu. Jadi, gelatin secara umumnya termasuk dalam perkara syubhat. Oleh demikian, penggunakan bahan bergelatin perlu dielakkan oleh umat Islam kecuali yang benar-benar jelas pengesahan HALALnya oleh pihak yang dapat dipercayai.



3. Kaitan penjagaan HALAL dan haram dengan hati



Dihujung hadis, Rasulullah menyebutkan tentang hati dan pengaruhnya terhadap perlakuan manusia sama ada baik atau buruk. Apa kaitan hati dengan konsep HALAL dan haram yang disebut di awal hadis? Persoalan ini dapat dijelas dengan dua tafsiran;



Pertama; Kesedaran untuk menjaga HALAL dan haram bergantung kepada hati. Hanya orang yang memiliki hati bertakwa dan takutkan Allah akan memerhati makanan atau barangan yang digunanya; apakah HALAL atau haram? Adapun orang yang fasik dan memiliki hati kotor, baginya tidak penting sama ada rezki yang dinikmatinya HALAL atau tidak. Yang penting adalah memenuhi selera dan nafsunya.



Kedua; Bersih dan sucinya hati berkait dengan makanan dan penggunaan barangan yang HALAL. Jika seseorang itu sentiasa melazimi yang HALAL, akan terjagalah hatinya. Akan tetapi jika ia mula terlibat dengan yang haram, akan kotor dan rusaklah hatinya.



GUNAKAN PRODUK YANG BERSIH DAN SUCI



Islam amat mementingkan kebersihan. Kebersihan yang dituntut oleh Islam merangkumi kebersihan lahiriyah dan juga kebersihan rohaniyah. Kebersihan lahiriyah ialah dengan memastikan pakaian dan tubuh-badan sentiasa dalam keadaan bersih terutamanya untuk beribadah. Oleh demikian, umat Islam perlu memastikan produk yang mereka gunakan pada badan mereka sama ada berupa pakaian, minyak wangi, syampu, ubat gigi, kosmetik dan sebagainya dibuat dari bahan-bahan yang bersih dan tidak najis. Kewujudan produk najis di badan menghalang sahnya ibadah di samping pemakainya tidak disukai oleh Allah dan para malaikat.



MELAZIMI YANG HALAL AKAN DIMUSTAJABKAN DOA

Seorang sahabat bernama Saad bin Abi Waqqas r.a. pernah memohon kepada Rasulullah s.a.w.; “Ya Rasulullah! Berdoalah kepada Allah agar aku dimustajabkan doa”. Lalu Rasulullah berkata kepadanya;



“Wahai Saad! Perelokkanlah makanan kamu, nescaya kamu akan dimustajabkan doa. Demi Tuhan yang diri Muhammad berada dalam kekuasaanNya, sesungguhnya seorang itu apabila telah menyuapkan sesuap makanan haram ke dalam mulutnya, nescaya tidak akan diterima doanya (oleh Allah) selama 40 hari. Mana-mana hamba yang tumbuh/membesar daging badannya dari makanan yang haram dan riba, maka api neraka lebih utama baginya”



Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w. telah meramalkan keadaan umat akhir zaman yang tidak mengambil berat soal halal dan haram, dosa dan pahala. Baginda bersabda;



“Akan tiba satu zaman di mana seseorang itu tidak menghiraukan dari mana datang hartanya; apakah dari yang HALAL atau dari yang haram”.

(Riwayat Imam al-Bukhari dan an-Nasai dari Abu Hurairah r.a.)



Sabtu, 6 Februari 2010

TEKNIK PENAJAAN YANG PERLU DIELAKKAN

Kesilapan kerap berlaku dalam membentuk ahli/rakan baru HPA

1. Mengajak Ahli baru ke arah mengejar keuntungan semata-mata.
Menaja ahli baru dengan janji-janji yang melambang keuntungan contohnya HPA Menyediakan kereta Mewah, Wang Tunai Yang lumayan sebagai target untuk mesti dicapai.

2. Tidak menjual produk tetapi menumpu mencari ahli baru sahaja.
Ahli-ahli baru disarankan untuk mencari ahli seramai mungkin sedangkan tentang pembelian tidak dihiraukan.

3. Menyarankan ahli membeli dan mengeluarkan modal yang besar walaupun dia tidak yakin dapat menjualkannya.
Penaja menyarankan kepada rakan baru untuk mengeluarkan modal yang besar sedangkan beliau sendiri pun tahu apakah mampu menjualkan produk yang dibeli.

4. Teknik paksaan digunakan dalam urusan jualan produk.
Sistem perangkap ( terpaksa beli ) bagi menghabiskan stok dan melariskan jualan.

5. Menipu tentang kelebihan /kebaikan satu-satu produk dengan tujuan mendapat jualan
Sengaja menimbulkan cerita-cerita tentang kebaikan produk sedangkan dia sendiri tidak pasti tentang kegunaannya.

6. Tidak ikhlas membantu rakan baru.
Membantu rakan ala kadar atau melepas batuk ditangga, taja-taja tinggal hanya mencukupkan syarat sahaja.

Jumaat, 5 Februari 2010

PLAN PEMASARAN

Adil & Sukses
HPA menggunakan kaedah pemasaran yang berkesan untuk memastikan semua produk HPA dipasarkan ke seluruh Malaysia dan mencapai hasrat untuk menguasai pasaran global. Berikutan dengan itu, HPA telah menubuhkan syarikat pemasaran sendiri iaitu Al Wahida Marketing Sdn. Bhd. pada 1 Februari 1996 dengan No. Pendaftaran 376131-A, mendapat lesen di bawah Akta Jualan Langsung dari Kementerian Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, berfungsi untuk memasarkan produk HPA melalui konsep sistem Multi-Level Marketing (MLM). Ia merupakan satu kaedah dan strategi yang cukup berkesan untuk memperkenalkan produk-produk kepada pelanggan.


Kekuatan Plan Pemasaran HPA
1. Berteraskan prinsip ihsan
2. Keadilan pada setiap peringkat
3. Telus dan berdaya saing
4. Bebas daripada gimik, perangkap dan penindasan
5. Sesuai dengan kehendak dan cabaran MLM masa kini
6. Mampu menjana pendapatan puluhan ribu ringgit setiap bulan
Plan Pemasaran Era Baru HPA dijamin ADIL dan SUKSES.
Tawaran 11 Ganjaran Hebat Melalui Perniagaan MLM HPA. Lihat dan teliti Plan Pemasaran ini.

Untuk mencapai pangkat pertama, Pengurus Melati (PLX), cara pertama, ahli perlu mengumpul 1501 NM secara:
1. Timbunan
2. Berkumpulan
3. Tiada had masa

Atau cara kedua ialah ahli perlu:
1. Hadir program PBC -Perkongsian Bijak Cemerlang atau ESP*

2. Dan lakukan belian bersyarat (300 NM*) dalam tempoh masa 2 bulan dari tarikh PBC yang disertai


*Eksklusif Sehari Bersama Pengarah Urusan (ESP) dgn Pembelian 150 NM pada hari tersebut atau 3 hari selepas itu.


* Kadar NM mulai April 2011 diturunkan menjadi 150 NM dalam tempoh sebulan sahaja.