Rabu, 16 Mac 2011

MASTER RADIX (Palsu) BERALIH KE SABAH

Pada awal 2010 di Sabah khususnya, kopi palsu MASTER RADIX belum memasuki pasaran. Namun, sekarang Syarikat ini sudah berani meletakkan poster mereka kononnya ia adalah yang original. Ramai orang tertipu, tidak kira ahli atau tidak kerana kurang prihatin dan tidak mengenali RADIX HPA dengan baik. Saya telah maklum tentang kopi palsu ini sejak akhir tahun 2009 lagi, tetapi sekarang kopi ini mencuba nasib terutama kepada pengguna di sini yang tidak mendapat maklumat tentang "Radix Palsu" ini. Walaupun, pendedahan yang disiarkan dalam buletin TV3 mengenai "Radix Palsu" yang boleh mengakibatkan peminumnya sakit buah pinggang. Esoknya, ramai rakan sekerja menyoal tentang hal itu. Apa yang boleh saya katakan..." Kalau kopi tiruan, memanglah ada unsur yang tidak baik kerana ianya hanya campuran pelbagai herba tanpa ilmu yang sebenarnya...".

Cerita "Kopi Tiruan" ini bermula di Batu Kurau, Perak oleh rakan saya PJ Ustaz Irwan. Dapat kan di sini..


Menyamar sebagai ahli HPA

 Meniru slogan Radix HPA


Menawarkan harga yang lebih murah 


Gambar belakang dan warnanya ditiru hampir sama



Pihak HPA telah mengambil tindakan mahkamah terhadap syarikat dan membuat rekabentuk baru seperti di bawah.



Namun, kes-kes "kopi tiruan" masih berlaku. Oleh itu, dinasihatkan agar mendapatkan kopi RADIX yang sebenar dari agen stok HPA yang sah sahaja.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan